Monday 19 June 2017

Anak-anak mencoba baju raya

Tahun ni baju raya pada raya pertama bukanlan baju melayu dan baju kurung. Neneknya dah belikan kurta untuk cucu-cucu..😍


Alhamdulillah.. semoga Allah berkati nenek..

 Dari kiri, Raisha Safiya, Radi Shafi, Razi Syahmi dan Rafi Shakil

Susu kambing salic. Yummyy...



Salic goat yeayyyy!!!

Susu kambing salic ni adalah susu kambing organik.

Ia TANPA::

🐐 GULA TAMBAHAN
🐐 PENGAWET
🐐 PERISA TAMBAHAN
🐐 SEBARANG CAMPURAN

Bau dan rasa yang tidak hamis.

Saya beli dengan kawan saya..di shopee.. dapat free postage 😍😍

dan.... Freegift..yeayyy..hahaha..πŸ˜„πŸ˜„ kalau nak beli silalah klik link dibawah ya.. :)


susu kambing salic


Harga::

400 gram RM50.00
800 gram RM95.00
1200 gram RM140.00

Lagi kukis...;)

Assalamualaikum..πŸ˜‹
Mempersembahkan... Cookies ala subway..
Tapi my version dah banyak ganti. 





Semua kredit untuk GF group.
( gluten free, dairy free )
INGREDIENTS
DRY
1/2 cup rice flour
1/4 cup arrowroot flour (boleh sub with corn flour)[saya guna corn flour]
1/4 cup kelapa parut [saya tak letak]
1/4 cup raw cane sugar
WET
1 egg
[saya gantikan dengan 1 tbsp chia seed + 3 tbsp air]
1/4 cup virgin coconut oil [saya gantikan salted butter dalam keadaan ia masih pejal]
1/4 tsp himalayan salt [saya tak letak, sebab dah guna salted butter]
1/4 tsp baking soda [saya gantikan dengan baking powder]
Pitted prunes (chunks) [saya tak letak]
Brazil nuts (chunks)[saya gantikan dengan almond nib]
Mix semua dry ingredients termasuk garam, gula dan baking soda. Selepas semuanya sebati, pecahkan telur dan gaul lagi. Masukkan virgin coconut oil dan adunkan untuk beberapa minit. Masukkan chunks of prunes and brazil nuts. The texture will be very oily. You can choose either to tekap tekap with cookie cutter, or bulat bulatkan saja pastu light press atas tray. Susun jarak sedikit bagi ruang cookies mengembang. Sejukkan sekejap dalam peti sejuk for about 10 minutes sebelum bakar. Bake at 160c for 12 minutes (kurang lebih please monitor).


Kerabu pucuk pegaga

Hari tu teragak sangat nak makan sayur. Cewahh..macam lama tak makan pulaπŸ˜…πŸ˜…

Kelmarin buat kerabu pucuk pegaga.. asalnya nak buat urap. Lepastu tiba tiba rasa leceh.. terus bertukar resepi😁😁




Kredit pada blog::: dapur kecil norul   ☺



Bahan2:
1 biji bawang merah dihiris
1 biji cili merah dihiris (kalau nak letak cili padi pon boleh)
1 mangkuk daun pegaga (dihiris nipis)
2 sudu besar kerisik
1 sudu lada hitam dikisar
50gm ikan bilis disangai dan ditumbuk
1 biji limau kasturi (diperah, ambil jus)
garam secukup rasa

Cara2
Gaulkan semua sehingga sebati di dalam mangkuk.
Siap dihidangkan dan dimakan dengan nasi panas.

Wednesday 7 June 2017

BAHAN YANG JARANG SAYA DENGAR DALAM RESEPI TAKOYAKI

Assalamualaikum... :)






Hari ni nak saya nak kongsikan bahan yang digunakan untuk membuat takoyaki..yang jarang saya dengar,

Kalau kita buka google translate, takoyaki bermaksud ladu octopus... di sini saya ceritakan bahan takoyaki yang jarang saya dengar.  Untuk penceritaan lanjut hal takoyaki, bolehlah layari website justonecookbook.com .Saya suka tagline dia.. 'easy japanese recipes. Ia juga tempat rujukan saya. :)






Katsuobushi atau Bonito Flakes

Antara bahan yang digunakan ialah katsuobushi atau bonito flakes. Ia dihasilkan dari ikan yang telah dibersihkan,kemudian rebus, kulitnya dikikis,, tulang dibuang.. panjang prosesnya kalau nak taip.. tapi kalau tonton..5 minit sahaja tuanku..ehee..Boleh lihat cara pembuatannya di sini.ya...

bonito flakes ni bukan sahaja untuk taburan di atas takoyaki.. tapi dia juga merupakan salah satu bahan untuk membuat dashi.

Dashi

Dashi adalah hasil rebusan bonito flakes bersama kombu seaweed. dashi juga terdapat dalam bentuk serbuk..macam stok ikan bilis tu.. Dashi ni macam stok ayam atau lembu di malaysia.. bezanya dia dari ikan..iaitu bonito flakes..nak tengok resepi dashi? mari klik link ini.






Kombu seaweed -  pula adalah sejenis rumpai laut.










Untuk topping takoyaki, selain bonito flakes, dia ada mayonis jepun, sos takoyaki, dan aonori (green seaweed) biasanya dalam bentuk cebisan kecil.




Green seaweed atau aonori









Sos Takoyaki 

Kandungan dalam sos takoyaki nampak seperti tidak meragukan, sebab saya fikir.. sos.. macam mana boleh jatuh tidak halal pula.. kan?

Terdapat mirin dan sake dalam mentsuyu yang digunakan untuk menghasilkan sos takoyaki. mirin dan sake adalah sejenis arak beras.

walaubagaimanapon, kita masih boleh dapatkan sos takoyaki yang halal di Malaysia:) klik je link ni. FullStopCenter bukan sahaja menjual sos takoyaki, tetapi ia juga menjual, bonito flakes, kombu.. banyak lagi la.. :)

Saya sangat berazam untuk buat takoyaki dari awal hingga akhir. Hatta sos takoyaki pon saya nak buat sendiri.. tapi untuk cubaan pertama nanti, mungkin gunakan stok ayam,lembu atau ikan bilis. :) Nak latih dulu cara masak takoyaki.. erkk..pan takoyaki pon belum ada lagi.. tapi ada pan kuih cara...ehee... layan je la kan... hmm.. :)


Sekianlah penceritaan saya mengenai bahan-bahan takoyaki yang jarang kita dengar.. :)

Tuesday 6 June 2017

Garlic roll


Kredit resepi pada:: kak yati

Bahan2 Utk Garlic Rolls
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar olive oil 

Caranya:
Masukkan cecair dulu dlm bread maker. Sbb utk senang proses uli. 
Air,olive oil dan garam. Lepastu masukkan tepung gandum, yeast dan gula. 
Set ke doh dan jalan.



Bahan untuk garlic spread::

Garlic Spread
50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus sedikit
Lada hitam kisar

Caranya:

Gaulkan semua bahanSiap digunakan.

Canai doh. Sapu garlic spread. Roll doh. Potong.. Susun dlm loyang. Sapu kuning telur. .Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit.

Tip suka suki saya::Tak tahu kenapa. Tp rasa mcm pernah buat..yeast jika dekat kedudukan dia dengan garam dia  tak jadi. Makanya... saya pisahkan dia dgn tepung gandum;p

Ais krim Mangga dan Pisang

Masa makan nanti terasa cheese dia ketul-ketul.. bagi saya sedap la.. ada rasa lemak-lemak cheese. yummy.. :)

Bahan-bahan:

Sebiji mangga
3 biji pisang
Frozenkan minimum 24 jam.
Whipping cream
Cream cheese
Madu

Caranya:

Potong mangga dan pisang, frozenkan.

Keluarkan pisang dan mangga yg telah difrozenkan. Kisar guna FP. Masa kisar, masukkan madu sikit.

Putarkan non dairy whipping cream bersama sedikit cream cheese.

Ambil adunan buah td.. gaulkan bersama whipping cream tadi.

Siap... 


Non diary whipping cream brand mauri ni manis. Sesuai utk topping. Boleh la nak try tukar whipping cream yg lain. dairy ke apa.. :)..


 

Gluten Free Brownies dari nasi

Assalamualaikum, laju betul raina update blog hari ni..ehehehhe... :)

sebenarnya resepi ni dah buat dan update kat instagram.. tu yang laju..ehee..

okkeh..ini pula coklat kek bebas gluten.. resepi ni dapat dari kawan group whatsapp.. :) nama dia reen..




Lpas bakar.. lapisan atas garing. Lama lpastu lembut. Tp still sedap.



Brownies:

2 cwn nasi
4 sudu bsr tepung jagung
1 cwn cocoa powder
1 1/4 cwn orcs
secubit garam
1 cwn minyak
2 biji telur
100 ml air suam(agak2)
kcg/kismis/choc cip

blend je semua.
bkr 40mins





Selepas dikisar


Kek coklat:

1 cwn cocoa powder
1 1/4 cwn orcs
secubit garam
1 cwn minyak
2 biji telur
100 ml air suam.

blend je semua.

untuk coklat kek, kita skip tepung jagung. mereka kata tepung jagung yang jadikan lapisan atas berkulit.. :)

Kurma dan mentega


Potong butter bentuk segi empat tepat. masukkan dalam peti sejuk.
potong kurma, buang biji kurma, keluarkan butter dari peti sejuk.
masukkan dia dalam kurma. Siap.. hehehe..senang sangat kan? :)

masa nak makan baru keluarkan.. nanti dia cair kalau lama lama kat luar.. sebab dia pure butter.. :)

Gluten Free Cookies

SEMUA KREDIT UNTUK GF GROUP.



 Here's what you will need:

100g Grassfed pure butter [raina guna salted anchor butter]
3tbsp Raw cane sugar (I tried 2tbsp RCS with 1tbsp jaggery-nice!)
Chia seed gel (1tbsp chia seed soaked in 3tbsp water)
1tbsp cocoa powder
1/2cup rice flour
2tbsp coconut flour (optional; you can substitute with rice flour) [raina gantikan dengan tepung beras]
A pinch of himalayan salt

Optional flavours/add-ins
1/2 tsp agros natural coffee (just because I so love thisπŸ˜™)
Rice puffs/nuts/raisins [raina guna kurma - buang biji, rendam dan cincang]

Mix butter and sugar till soft. Add in chia seed gel. Mix dry ingredients separately. Add to the butter-sugar mix gradually. Add nuts/raisins etc if you prefer gradually. I usually just eyeball it; around 1-2tbsp as we don't want the batter to be too dry.
Scoop out the batter in small round sizes n make it thin to be crunchy, slightly thick to be soft.
Bake at 170degrees for about 10-15min depending on your oven.

Makes about 16-18 medium sized cookies.

Kalau nak chewy scoop besar sikit. 
Kalau nak crunchy, scoop kecik je. 
Adunan dia akan melt walaupon masa scoop nampak membumbung.

Masak lemak cili api daging salai

Assalamualaikum, 



Harini, raina kongsikan resepi masak lemak cili api daging salai. kalau datang ke rembau, jangan lupa singgah Sabak Salai, daging dia di salai menggunakan cara sabak. bagi raina harga dia berpatutan,

kredit pada blog 
untuk gambar ini :)


ni packaging dia, daging dia lebar-lebar. tapi nipis.
Ni link kedai sabak salai. :)


ni dia, daging salai yang dah dipotong kecil.. 
daging dia lembut.. buka je bungkusan semerbak bau dia..hmm, harum... :)




Bahan-bahan :

10-15 batang cili api

170 gram daging salai
2 inchi kunyit hidup
3 batang serai
Santan
2 keping asam keping

Caranya :

Kisar cili api dan kunyit hidup bersama sedikit air. Satukan bahan kisar tadi dengan daging salai, perap dengan api kecil. kemudian masukkan serai. Kacau-kacau. Kalau kering, masukkan air lagi sedikit. Setelah menggelegak, masukkan santan. Didihkan dengan api kecil, masukkan pula asam keping. Kuah masak lemak kena sentiasa kacau, kalau tak nanti dia bergentel. Siap... :)


Untuk cili api dan kunyit hidup, boleh adjust ikut kepedasan masing-masing. kuning dari kunyit hidup ni dah cukup. tak perlu kunyit serbuk.