gambar ihsan dari http://www.justonecookbook.com/
Hari ni nak saya nak kongsikan bahan yang digunakan untuk membuat takoyaki..yang jarang saya dengar,
Kalau kita buka google translate, takoyaki bermaksud ladu octopus... di sini saya ceritakan bahan takoyaki yang jarang saya dengar. Untuk penceritaan lanjut hal takoyaki, bolehlah layari website justonecookbook.com .Saya suka tagline dia.. 'easy japanese recipes. Ia juga tempat rujukan saya. :)
Katsuobushi atau Bonito Flakes
Antara bahan yang digunakan ialah katsuobushi atau bonito flakes. Ia dihasilkan dari ikan yang telah dibersihkan,kemudian rebus, kulitnya dikikis,, tulang dibuang.. panjang prosesnya kalau nak taip.. tapi kalau tonton..5 minit sahaja tuanku..ehee..Boleh lihat cara pembuatannya di sini.ya...
bonito flakes ni bukan sahaja untuk taburan di atas takoyaki.. tapi dia juga merupakan salah satu bahan untuk membuat dashi.
Dashi
Dashi adalah hasil rebusan bonito flakes bersama kombu seaweed. dashi juga terdapat dalam bentuk serbuk..macam stok ikan bilis tu.. Dashi ni macam stok ayam atau lembu di malaysia.. bezanya dia dari ikan..iaitu bonito flakes..nak tengok resepi dashi? mari klik link ini.
Kombu seaweed - pula adalah sejenis rumpai laut.
Untuk topping takoyaki, selain bonito flakes, dia ada mayonis jepun, sos takoyaki, dan aonori (green seaweed) biasanya dalam bentuk cebisan kecil.
Green seaweed atau aonori
Sos Takoyaki
Kandungan dalam sos takoyaki nampak seperti tidak meragukan, sebab saya fikir.. sos.. macam mana boleh jatuh tidak halal pula.. kan?
Terdapat mirin dan sake dalam mentsuyu yang digunakan untuk menghasilkan sos takoyaki. mirin dan sake adalah sejenis arak beras.
walaubagaimanapon, kita masih boleh dapatkan sos takoyaki yang halal di Malaysia:) klik je link ni. FullStopCenter bukan sahaja menjual sos takoyaki, tetapi ia juga menjual, bonito flakes, kombu.. banyak lagi la.. :)
Saya sangat berazam untuk buat takoyaki dari awal hingga akhir. Hatta sos takoyaki pon saya nak buat sendiri.. tapi untuk cubaan pertama nanti, mungkin gunakan stok ayam,lembu atau ikan bilis. :) Nak latih dulu cara masak takoyaki.. erkk..pan takoyaki pon belum ada lagi.. tapi ada pan kuih cara...ehee... layan je la kan... hmm.. :)
Sekianlah penceritaan saya mengenai bahan-bahan takoyaki yang jarang kita dengar.. :)
No comments:
Post a Comment